Zety Roses

PENGENALAN DAN TATACARA MEMBAJA

Assalamualaikum dan salam sejahtera rosarians semua.

InsyaAllah hari ini kita akan membuat perkongsian tentang pengenalan dan tatacara membaja. Untuk pengetahuan rosarians semua, baja sangat penting untuk penanaman pokok bunga ros mahupun tanaman lain kerana ianya adalah sumber makanan (zat, nutrisi) utama. Selain karbon, hydrogen dan oksigen yang didapati daripada udara dan air, tumbuhan juga memerlukan nutrien lain daripada tanah. Fungsi utama baja adalah untuk membekalkan makronutrien dan mikronutrien kepada tumbuhan.  Sebelum itu, mari kita kenal apakah itu baja organik yang dirumus khas dengan hasil kajian saintifik oleh Zety Roses. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. ?

Baja Organik Zety Roses merupakan baja yang bebas daripada bahan kimia dan mesra alam. Kandungan baja organik merupakan unsur mineral semulajadi yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati.

Antara kelebihan Baja Organik Zety Roses ialah:

  • Mengurangkan risiko penyakit.
  • Menghasilkan bunga yang lebih besar.
  • Menghasilkan bunga yang lebih terang.
  • Menggalakkan tumbesaran pokok.
  • Menggalakkan penghasilan kudup dan bunga yang banyak.
  • Menggalakkan percambahan tunas dan pucuk baru.
  • Membaik pulih tekstur tanah.
  • Tidak mengandungi bahan kimia.
  • Sesuai untuk semua jenis pokok bunga,sayuran dan buah-buahan.

Seterusnya, mari kita belajar tentang cara-cara membaja yang betul dan menepati prosedur membaja supaya pokok sentiasa sihat dan segar.

  1. Pastikan tanah digembur dahulu sebelum membaja dan digalakkan untuk menggembur tanah sehari sebelum hari membaja
  2. Sebaiknya membaja dilakukan pada sebelah petang sebelum menyiram.
  3. Pastikan sukatan baja betul dengan padanan saiz pasu pokok.
  4. Letakkan baja jauh daripada batang pokok supaya baja dapat menyerap terus ke dalam akar.
  5. Setelah selesai membaja, siram pokok secukupnya.
  6. Bagi penyalinan pokok (repot), kali pertama sahaja diwajibkan menyiram tanah sehingga nampak air keluar daripada pasu dan baru lah membuat proses membaja.
  7. Bagi pembajaan seterusnya, pastikan membaja dahulu sebelum membuat penyiraman.

Pasti ada yang tertanya-tanya, adakah boleh membuat pembajaan pada waktu pagi? Jawapannya adalah boleh tetapi untuk pembajaan yang menggunakan baja organik rose food debu, waktu petang adalah yang terbaik. ? Rasionalnya, proses pemakanan akar pokok berlaku pada waktu malam.

Akhir sekali, rosarians mestilah mengetahui sukatan baja mengikut ukuran saiz pasu dan senduk yang digunakan untuk proses pembajaan.

SUKATANSENDUK (4 inci)
PASU SEMAIAN (8 inci)1 sudu teh
PASU SAIZ S (11 inci)1 senduk
PASU SAIZ M (15 inci)2 senduk
PASU SAIZ L (19 inci)3 senduk
ATAS TANAH4 senduk

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *