Sememangnya, terdapat pelbagai kelebihan dan khasiat pokok bunga ros.
Antaranya ialah:
1. Dari sudut pandangan Islam, kisah mengenai Bunga Ros atau Mawar telah dinyatakan di dalam Kitab Suci Al-Quran – Juzuk 27: Surah Ar-Rahman Ayat 37-38 maksudnya : Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan ?
2. Bunga Ros telah lama digunakan di dalam pelbagai bidang industri pembuatan dan perniagaan seperti berikut :
– Industri farmaseutikal
– Industri pemakanan sebagai bahan perasa seperti Minuman pati Ros
– Industri kosmetik seperti minyak wangi, ubat gigi, bedak talkum
– Perniagaan Spa sebagai bahan mandian untuk kesegaran badan
3. Pokok Ros terkenal dengan gelaran Raja Segala Bunga (Queen of Flowers). Justeru itu, ianya amat memerlukan:
– Persekitaran yang bersih
– Pencahayaan sinar Matahari yang cukup pada setiap hari
– Pemberian pemakanan yang konsisten dan lengkap iaitu mengandungi nutrien yang cukup untuk tumbesaran pokok, daun dan bunga yang sihat dan subur.
– Pemberian air yang mencukupi
4. Aroma wangian bunga Ros mampu memberikan rasa ketenangan serta merangsang minda kita. Cuba amalkan mencium bunga Ros yang mempunyai bauan yang harum pada setiap pagi dan tarik nafas perlahan-lahan & sedalam-dalamnya untuk merasai kenikmatan bauan Ros. Justeru ianya elok digunakan untuk merawat masalah emosi kemurungan serta menguatkan tubuh dengan mencium bauan bunga Ros ini pada setiap hari.
Sumber: http://www.bungaros.com/informasi.html